Tentang Kami

Ziedane Car Rental telah beroperasi sejak tahun 2008, bermula secara kecil-kecilan dengan sebuah Perodua Kancil. Berkat kepercayaan pelanggan dan komitmen kami terhadap kualiti perkhidmatan, hari ini kami telah berkembang dan memiliki hampir 40 buah kenderaan pelbagai jenis untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di sekitar Shah Alam, Klang dan Subang dengan fokus kepada harga berpatutan, urusan pantas dan kereta yang terjaga.

Dengan pengalaman menguruskan sewaan kereta untuk kegunaan harian, mingguan dan bulanan, kami memahami keperluan pelanggan yang mahukan proses mudah tanpa kerenah. Setiap kereta diservis secara berkala bagi memastikan keselesaan dan keselamatan sepanjang tempoh sewaan.

Kami sesuai untuk:

Kegunaan kerja

Urusan harian

Percutian & travel

Kegunaan sementara

Matlamat kami adalah untuk memberikan pengalaman sewa kereta yang mudah, jujur dan boleh dipercayai, tanpa caj tersembunyi dan tanpa proses yang menyusahkan.

Segala urusan tempahan dilakukan secara terus melalui WhatsApp bagi memudahkan komunikasi dan mempercepatkan proses.

📍 Kawasan Perkhidmatan

Kami beroperasi di sekitar:

Shah Alam
Klang
Subang Jaya
Kawasan berhampiran Lembah Klang

📲 Hubungi KamI

iWash Autocare, YG15 Jalan Plumbum Y7/Y,

Pusat Komersial Seksyen 7,

40000 Shah Alam,

bersebelahan Pasaraya Giant Seksyen 7.

Untuk pertanyaan harga dan ketersediaan kereta,

👉 WhatsApp: 017-364 5077